Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 18 Februari 2017

Bawa Pelajar Tahfiz Berhimpun, Poster Anti-DAP, Pakcik Berbasikal Dari Baling, Kehadiran Artis Warnai Himpunan Sokong #RUU355

Bahagian pertama.

Lebih dari 50,000 kehadiran. Angka diperolehi dari portal Malaysiakini pada jam 6 petang. Jangkaan para petugas media turut melaporkan angka kehadiran akan terus meningkat menjelang malam nanti.

Poster anti DAP dibawa oleh penyokong RUU355

Perhimpunan itu turut dikecam sebagai anti-dap melihatkan kepada beberapa poster, manila kad yang dibawa peserta himpunan kali ini.

"RUU355 hak umat Uslam, bukan Islam jangan masuk campur", antara perkataan yang tertera pada kad tersebut.

"Tolak DAP dan sekutunya", poster yang diangkat oleh peserta himpunan.

Sungguhpun demikian, sesetengah ahli PAS berpendapat poster-poster anti DAP mungkin dibawa oleh penyokong-penyokong BN/UMNO bagi menambahkan lagi rasa benci DAP kepada PAS yang mungkin agak marah dengan kata-kata yang tertera di poster-poster tersebut.





Kanak-kanak, pelajar tahfiz dibawa berhimpun

Sesetengahnya turut mengecam PAS kerana melibatkan kanak-kanak. Kata mereka, PAS memanipulasikan kanak-kanak, pelajar tahfiz bagi menghadirkan diri ke perhimpunan. Ada pihak yang mendakwa, pelajar tahfiz dibawa dengan bas dan turut dibekalkan dengan makanan bagi meramaikan peserta perhimpunan. Pihak kami masih mengesahkan maklumat yang tersebar.

Pun begitu, perhimpunan pembangkang (Pakatan Rakyat, Pakatan Harapan) dan UMNO selama ini turut memanipulasikan peranan kanak-kanak dan remaja sekolah dalam perhimpunan mereka. Jadi, untuk apa kritikan dilemparkan kepada PAS, jika kita sendiri melakukan perkara yang serupa?





Peserta perhimpunan bersolat, masjid penuh dan sesak.

Peserta perhimpunan yang turun juga tidak mengabaikan tuntutan wajib 5 waktu sehari semalam. Masjid, jalan sekitar di Padang Merbok sesak dengan peserta yang bersolat kerana masuknya waktu Zohor dan Asar petang tadi.





Gambaran di Padang Merbok sekitar jam 3 petang tadi.









Siti Kassim dan rakan-rakan turun demo, anjur protes counter-attack.



Seperti yang kita sedia maklum, aktivis orang asli dan peguam hak asasi, Siti Kassim cukup lantang mengecam dan menolak sebarang pindaan dibuat ke atas RUU355.

Mengikut apa yang difahamkan, kumpulan yang menolak pindaan tersebut beranggapan pindaan tersebut selangkah ke arah pelaksanaan hudud di Malaysia. Kumpulan itu berpendapat hudud tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia atas sebab kepelbagaian kaum dan agama yang terdapat di negara ini.

Selain dari itu, mereka juga bimbang atas nama agama yang dijenamakan menggunakan nama undang-undang, pihak berkuasa akan menyalahgunakan undang-undang tersebut dengan hanya menghukum rakyat biasa dan tidak akan menghukum mereka yang berkedudukan dan berpangkat tinggi jika mereka melakukan kesalahan yang sama.

Pakcik kayuh basikal dari Baling jadi tumpuan.

Seorang pakcik penyokong #ruu355 menjadi tumpuan lensa media hari ini kerana kegigihannya yang mengayuh basikal dari Baling, Kedah ke Padang Merbok bagi menghadirkan diri ke perhimpunan.


Ustaz Mohtar Senik jadi bahan ejekan online


Tidak berani menunjukkan jarinya. Merujuk kepada gambar yang tular di laman sosial, Aduka Taruna, aktivis R dan ahli PSM bergambar dengan Ustaz Mokthar Senik namun UMS menyembunyikan jarinya dengan menggunakan kain, tindakan itu diejek oleh penyokong-penyokong pembangkang sebagai pengecut.

Sebelum ini tular di laman sosial satu tuduhan yang mendakwa UMS terlibat dalam perlakuan tidak senonoh dengan seorang wanita yang menyamar di laman sosial, mereka menjadikan hujah seperti jari cagu, tahi lalat di dada sebagai bukti individu dalam gambar adalah UMS. Tuduhan tersebut dinafikan oleh UMS namun UMS tidak membuat sebarang laporan polis bagi menyiasat individu yang giat menyebarkan dakwaan tersebut.

Jamal Abdillah, Wahid Senario hadir tanda sokongan

Beberapa tokoh terkenal termasuk artis turut hadirkan diri ke perhimpuna sokong #RUU355 sebagai tanda sokongan. Kelibat A.Samad Said turut kelihatan di antara gambar-gambar yang tular namun kami tidak dapat mengesahkan kehadiran sasterawan terkenal ada kaitan dengan sokongannya terhadap pindaan RUU355 ataupun tidak.




Gambaran perhimpunan petang tadi.



Sumber gambar : Malaysiakini, WhatsApp, Sosial Media, Sahabat

Sumber Video : WhatsApp Group Sembang Politik

Artikel ini akan disambung ke bahagian kedua.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...