Kemalangan itu mendapat perhatian masyarakat disebabkan jumlah mangsa kemalangan yang bukan sahaja ramai bahkan melibatkan remaja yang di bawah umur.
Sebelum ini salah seorang mangsa nahas mengatakan pemandu wanita itu mabuk dan menggunakan telefon bimbit ketika kejadian namun dakwaan itu pantas dinafikan oleh Polis Diraja Malaysia.
Masyarakat turut mengecam mangsa kemalangan dan ahli keluarga mereka kerana membiarkan anak berkeliaran pada tengah malam tanpa pengawasan.
Pun begitu, tidak semuanya mempunyai pendapat yang sama, bekas ahli parlimen Kulim-Bandar Bharu, Zulkifli Nordin tampil mempersoalkan tindakan polis dan kenapa wajah pemandu wanita tersebut diselindungkan dari pengetahuan umum? Apakah wanita itu mempunyai pengaruh tertentu sehingga individu tersebut dilindungi soal peguam itu lagi.
Bacaan lanjut : Kenapa Sorok Identiti Pemandu Itu Wahai Polis Soal Peguam
Penulisan oleh peguam itu tular di laman sosial dan mendapat sokongan dari ramai netizens yang berketurunan melayu, berdasarkan tinjauan kami.
Selepas seharian tular, kini tersebar pula beberapa gambar yang dikatakan wajah pemandu wanita yang memandu Nissan Almera yang telah melanggar 8 remaja hingga maut.
Ia disebarkan oleh Al Syam. Pihak kami memutuskan untuk mengaburkan wajah memandangkan tiada bukti jelas penyebaran oleh Al Syam ini benar-benar sahih.
Kami tidak pasti dari mana individu tersebut mendapat gambar-gambar pemandu wanita tersebut dan apa tujuan penyebarannya tetapi hasil semakan kami di fb individu tersebut kami menemui ini ;
Tidak hanya gambar, bahkan dikatakan juga wanita tersebut ialah anak tokoh berpengaruh yang ada kaitan dengan Danga Bay. Hasil semakan kami di laman Wikipedia, individu yang bertanggungjawab membangunkan Danga Bay ialah ahli perniagaan yang bernama Tan Sri Datuk Lim Kang Hoo.
Kronologinya ringkasnya begini;
Artikel Zulkifli Nordin > penyebaran gambar oleh individu yang anti pembangkang.
Tidak mahu menuduh, tetapi kami bayangkan ini mungkin satu lagi percubaan untuk mewujudkan elemen perkauman bagi melaga-lagakan kaum melayu dan cina apatah lagi beberapa bulan dari sekarang akan berlangsungnya pilihanraya umum. Faktor menyalahkan DAP mungkin akan ditimbulkan kelak.
Bukan mahu membela mangsa kemalangan ataupun si pemandu, tetapi diharapkan masyarakat tidak mengaitkan faktor bangsa seseorang ataupun agama seseorang ketika menyampaikan hujah. Tidak dapat dinafikan mangsa kemalangan perlu dinilai seadilnya berdasarkan undang-undang jalanraya namun jangan sampai kita mencetuskan perkara yang tidak berbangkit.
Apa sahaja boleh berlaku dengan pendedahan wajah pemandu wanita tersebut di laman sosial maka kami nasihatkan jangan sampai termakan umpan. Bagi peluang kepada pihak polis untuk menyelesaikan kes tersebut. Semoga semua pihak dapat diadili tanpa elemen berat-sebelah dan memihak.