Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 19 Februari 2017

Ini Wajah Lelaki Yang Bakar Bendera DAP Di Perhimpunan #RUU355.

Semalam viral satu poster (kami tidak dapat mengenalpasti sumber pertama namun hasil tinjauan kami ia banyak disebarkan oleh penyokong pembangkang - Pakatan Harapan) yang menunjukkan aksi seorang lelaki bertopeng sedang membakar bendera DAP di tengah-tengah orang ramai namun tindakannya itu langsung tidak mendapat perhatian dan sambutan pendemo-pendemo UNGU (Penyokong RUU355) yang berada di sekitarnya.

Perbuatannya itu berjaya dirakamkan menerusi lensa kamera dan tular di laman sosial.

Sebilangannya mengkritik PAS - kerana membakar bendera DAP; menyemai kebencian terhadap DAP, untuk apa sedangkan kita semua pembangkang hujah mereka. Malahan ada yang marah dan mempersoalkan jika bendera MCA dan GERAKAN juga dibakar.

Sebilangannya mengkritik AMANAH dan DAP - kononnya agent provokasi yang sengaja dihantar untuk memburukkan perhimpunan aman anjuran PAS; bertujuan menunjukkan perhimpunan PAS penuh dengan provokasi dan nilai-nilai tidak islamik, lalu DAP dan AMANAH menjadi sasaran kritikan.

Sebilangan besar pula memilih menyalahkan UMNO. Pandangan mereka; act of sabotage itu bertujuan melebarkan lagi jurang perpecahan di antara PAS dengan parti-parti pembangkang yang lainnya. Semakin teruk PAS dan pembangkang berpecah semakin bagus untuk BN mempertahankan kekuasaannya, apatah lagi kami menerima info PRU akan diadakan dalam masa terdekat ini. Perkauman, sentimen keagamaan akan menjadi modal PRU bagi menakut-nakutkan masyarakat seperti selalunya.

Info yang diterima dari ahli PAS, Fais Al Hajari, mendedahkan wajah individu yang membakar bendera itu di Facebooknya tadi.




Lelaki itu dilaporkan ditahan oleh Unit Amal Wilayah berikutan perbuatan provokasinya itu.

Siasatan masih dijalankan bagi mengenalpasti identiti dan tujuannya berbuat demikian. 

Dalam pada itu, rata-rata netizens memuji tindakan pendemo-pendemo UNGU yang tidak termakan dengan provokasi yang dilakukan oleh individu berkenaan.

Pendemo-pendemo UNGU bukan sahaja tidak melayani perbuatan tersebut malahan tidak mempedulikan (tidak menunjukkan minat untuk menangkap gambar, marah ataupun bercakap seolah-olah individu tersebut halimunan) langsung aksi nakal lelaki itu.

Ini membuatkan ramai pendemo-pendemo UNGU yang hadir berhujah di laman sosial samada benar atau tidak kewujudan insiden tersebut. Dengan penyebaran wajah lelaki tersebut kita boleh sahkan aksi itu benar-benar berlaku dan sudah tentu poster yang menuduh ia dilakukan oleh penyokong PAS haruslah dihentikan penyebarannya sehingga siasatan lengkap dijalankan.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...