Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 2 Februari 2017

Rakaman CCTV Geng Jamal Lakukan Perbuatan Cabul Dan Samun Tersebar.

Petang tadi sekumpulan pihak polis bertindak menyerbu dan menahan Jamal Yunos, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar yang juga ketua kepada Gerakan Merah berikutan terbabit dalam jenayah samun berkumpulan.


Jamal ketika ditahan berkata premis judi haram dibiarkan beroperasi namun dirinya ditahan polis kerana melawan premis perjudian haram di sekitar Selangor. 

Dalam operasi penahanan tersebut, pihak polis turut menyita sepucuk pistol yang dimiliki oleh Jamal Yunos. Pihak kami difahamkan yang Jamal memang memiliki lesen senjata api dan pistol itu dibawanya sebagai langkah berjaga-jaga dan melindungi dirinya dari ancaman.

Bagaimanapun lakonan Jamal Yunos itu berjaya dipatahkan apabila pihak polis menyatakan kepada wakil The Sun bahawanya penahanan Jamal sebenarnya tiada kaitan dengan serbuannya ke pusat judi haram sebaliknya penahanan Jamal adalah bagi membantu siasatan atas jenayah cabul dan cubaan merogol serta samun dan rompak ke atas beberapa individu ketika kumpulan itu melakukan serbuan ke premis judi.

Premis yang terlibat dengan operasi serbuan Jamal dipercayai mempunyai lesen hiburan keluarga dan beberapa individu yang berada dalam premis tersebut telah disamun dan dicabul dan perbuatan itu turut dirakamkan menerusi CCTV yang berada di premis berkenaan. Difahamkan kejadian berlaku pada 29 December yang lepas.

Pihak polis pada semalam telah menahan beberapa individu yang berkaitan rapat dengan pergerakan Jamal dan siasatan selanjutnya sedang dijalankan selepas laporan dibuat oleh mangsa kejadian.

Sejurus selepas penahanan Jamal dan beberapa pengikutnya, rakaman tentang tindakan pengikut Jamal tersebar di media sosial. 

Dalam rakaman berkenaan, aksi beberapa pengikut Jamal dilihat sedang mendekati dan melakukan sesuatu kepada seorang wanita secara beramai-ramai. 

Dan dalam rakaman yang lain, turut memaparkan tindakan pengikut Jamal yang melakukan samun (mengambil sesuatu) ke atas salah seorang lelaki yang berada di premis tersebut. 

Berikut merupakan rakaman yang tersebar di laman sosial.

Rakaman CCTV tindakan cabul.



Rakaman CCTV samun berkumpulan.


Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...