Logo yang menerima undian terbanyak akan diangkat menjadi logo yang mewakili Pakatan Harapan. Logo itu juga akan menjadi simbol bagi Pakatan Harapan di atas kertas undi.
Berikut dibawah tiga logo yang disenarai-pendek;
Buruk, tiada kualiti, tiada kreativiti, tidak menarik, macam nak cepatkan siap je, itulah antara respon-respon yang dikeluarkan oleh netizens, selepas Rafizi menyiarkan 3 desain logo di atas.
Ia juga menimbulkan rasa 'bengang' di kalangan pakar grafik. Sesungguhnya bagi mereka pencipta logo-logo itu betul-betul macam tiada daya usaha hendak berfikir bagi mencipta satu-satu logo.
Namun ada juga segilintir yang memuji dan mengundi malahan siap membandingkan ia dengan logo PAS dan Barisan Nasional pula tu.
"Logo PAS dan BN dibuat zaman tok kaduk, kau nak banding dengan zaman sekarang, zaman IT dan pakar grafik di mana-mana? Bodoh tu simpan sikit boleh tak, jangan tayang?," kata Talib yang menulis di ruangan komen tersebut. Bagi menjawab kritikan 'jumud', sehingga sanggup membandingkan logo-logo yang dicipta dari dua zaman yang berbeza.
Berikut kami siarkan antara beberapa kritikan panas yang dikutip dari laman rasmi Rafizi itu;
Buanglah logo yang macam kacang yin tu YB..
Maaf cakap, logo macam tak menyakinkan..
Takut bila diterbalikkan..
Logo sebenarnya memainkan peranan yang cukup penting. Selain dari membawakan imej dan jati diri perjuangan satu-satu parti, ia juga perlu bagi memudahkan pengundi untuk mengenali parti kita. Apatah lagi jika logo itu masih baru, perlu masa untuk diperkenalkan kepada masyarakat.
Ketiga-ketiga logo yang disenarai-pendek sememangnya tidak membawakan aspirasi tersebut. Apatah lagi tiada idelogism Pakatan Harapan yang diserapkan. Seolah-olahnya kosong dan tidak hidup. Seperti logo BN = dacing membayangkan prinsip keadilan dan kesamarataan, logo PAS pula membawa aspirasi Islam menerusi logo ringkasnya, hijau dan bulan seperti itulah PH patut terjemahkan idelogi disebalik lambang ataupun logo.
Ada sekalipun pada logo 'kacang yin' perkataan Pakatan Harapan, tetapi ianya masih tidak cukup kreatif. Macam separuh masak, bagai ditiru bulat-bulat dari jenama kacang terkemuka itu.
Perkataan Pakatan Harapan ini penting supaya nantinya bila pengundi yang masih belum biasa pada logo Pakatan Harapan akan lebih jelas bila melihat perkataan Pakatan Harapan tertera bersama logo.
Selain dari 3 logo yang dibuka kepada sesi pengundian online, pihak kami juga ada melihat 'pencalonan bebas, yang mencalonkan dirinya sendiri agar dipilih sebagai logo Pakatan Harapan', di ruangan komen tersebut.
(rujukan)
Bagi kami logo di atas lebih baik dari ketiga-tiga logo yang dibuka kepada sesi pengundian online. Bagaimanapun pihak kami masih lagi beranggapan adalah lebih baik jika Pakatan Harapan membuat pertandingan mencipta logo bagi mengasak kreativiti penyokong masing-masing.
Hah, satu lagi nak bagitau, ketiga-tiga logo di atas telah pun tersebar meluas, bukan kerana mendapat sambutan hangat sebaliknya kerana ditroll kaw-kaw. 😅😅😅
Berani berubah, mulakan dengan berani menerima kritikan dan mengubahlah logo tu kepada pertandingan. Harap-harap begitulah ya Pakatan Harapan. 😀😀😀😀