Kita mendengar, diberitahu dan diceritakan dari pelbagai kumpulan;
1. Ada jemaah yang dilanggar
2. Penumpang kereta wanita pula terjerit-jerit marah dan enggan tolenrasi
3. Kejap hon masa khutbah, kejap hon masa solat, kita yang membaca pun jadi pening kepala
4. Pemandu kereta kurang ajar dan biadap, main langgar dan reverse kenderaan ikut suka sampai langgar beberapa orang, dikejar sebab melanggar dan bukannya kerana membunyikan hon
5. Paling tular, jalan itu sebenarnya ditutup. Sudah ada pengumuman disediakan menerusi papan tanda, sudah tentu cina itu bersalah kerana tidak membaca dan berdegil kerana masih menggunakan jalan tersebut
Cerita asli hilang, cerita ditambah dengan elemen fitnah viral
Penulis, ketika cerita ini hangat diperkatakan 'berkesempatan' terdengar umpatan orang ramai ketika sakan menunggu saudara di kawasan awam.
Menunggu di cafe, ada yang membuka cerita ini, dan kepada cina dipersalahkan kerana enggan mengikuti arahan yang tertera di papan tanda.
Apabila membuka facebook dan membaca komen, ternampak juga komen-komen yang menyalahkan cina kerana tidak mengikuti arahan yang tertera di papan tanda.
Begitu juga di group-group WhatsApp.
Begitu juga di blog-blog pro kerajaan.
Propaganda menyalahkan cina terlalu kuat seolah-olah melayu muslim itu tiada salahnya. Hujah mereka, papan tanda, papan tanda dan papan tanda. Yeah, arahan di papan tanda jelas, jalan ditutup jadi kenapa kau sibuk masuk jalan itu juga? Kenapa guna? Kenapa lalu, papan tanda kata dah tutup, berapa lama duduk Malaysia yang menjadikan kau tidak tahu? Tidak sensitif dan tidak peka?
Ini HUJAH LELAKI MELAYU MUSLIM.
Ingin ditekankan pengguna jalanraya tidak tertakluk kepada LELAKI MELAYU MUSLIMS sahaja. Ada bukan muslim, ada wanita juga. Samada mereka muslim ataupun bukan muslim. Parking bersepah merata dan berterabur tidak hanya menyusahkan PENGGUNA MUSLIMS malahan MENYUSAHKAN PENGGUNA JALANRAYA TERMASUKLAH KAUM WANITA MUSLIMS juga.
Ada jalan yang sampai menutup laluan motor malahan ada jalan yang parking berlapis menyempitkan laluan pengguna jalanraya yang tiada kena mengena dengan solat jumaat.
Ada juga kereta yang kacau parking motor.
Semua neh mereka buat atas nama, ah aku nak solat, kau toleransi la sikit. Bukannya lama, 10 minit je. Kalau boleh nak parking betul-betul depan masjid. Kalau ada parking dalam masjid, dalam masjid itu juga la LELAKI MELAYU MUSLIMS ini akan parking.
Taknak jalan jauh sikit. Ini la punca parking jadi berterabur dan menyusahkan orang lain. Oleh kerana dah terbiasa menyusahkan orang lain mereka meneruskan amalan tersebut seolah-olah ianya bukan satu kesalahan untuk terus mengamalkan perangai dan tabiat menyusahkan orang lain.
Perangai nak menghalalkan sikap pentingkan diri lelaki muslims itu mereka bawa sampai heret papan tanda yang langsung takde kaitan dengan tempat kejadian. Akibatnya cina itu telah diserang dengan pelbagai tohmahan dan insiden tersebut bertukar menjadi perkauman. Sehingga polis terpaksa keluarkan kenyataan bagi meredakan keadaan.
Faktanya. Papan tanda itu bukan di laluan yang menjadi polemik Surau Taman Austin. Pada yang menyebarkan, siap dengan komen maki hamun kutuk mengutuk, adakah mereka mahu membetulkan kesilapan?
Untuk rekod, terdapat laporan berita dari Harian Metro yang menyebut insiden di hari jumaat lepas berjaya diselesaikan secara baik di antara kedua-dua kumpulan yang bertelagah. Tetapi ianya menjadi polemik hebat di laman sosial berikutan penyebaran gambar papan tanda dan tindakan sesetengah pihak yang mengapi-apikan keadaan. Sudah tentulah penulis tak mampu menulis lebih-lebih kerana mereka itu penyokong parti tertentu. Penulis ini kalau tersalah sikit pun silap-silap berakhir di pintu penjara. 😓😓😓
Cina racist pun naik lemak
Jika melayu naik hantu dengan sebar gambar papan tanda yang tiada kaitan dengan lokasi kejadian, cina pula naik hantu dengan tulis dan komen mengarut sampai heret agama Islam.
Antara yang terpengaruh |
Yang berlakon racist pun tak kurang hebatnya.
Tambah api sana sini, semarakkan lagu perkauman, dah letak garam dan ajinamoto secukup rasa boleh la kita kempen undi Barisan Nasional. Kepada cina kita tak boleh percaya. DAP, racist, bodoh dan bunyikan hon pula time orang solat. Kurang ajar! - cantik. Bahasa kempen menarik. Patutlah pakar strategik macam Rafizi pun tersungkur jadi pakar tragedi. Tak boleh lawan parti yang ada pengalaman tadbir negara 60 tahun tu bro!
Melayu bodoh vs cina bodoh, muslim bodoh vs non muslim bodoh
Akhirnya semuanya pun terpalit dengan pergaduhan kaum dan agama akibat terpengaruh dengan sentimen dan bukannya berhujah berpandukan fakta.
Selepas separuh abad merdeka, semangat perkauman sangat kuat di kalangan rakyat, bukti kita gagal memupuk perpaduan di kalangan rakyat yang berbeza bangsa dan agama. Di mana salahnya, jika kita perhalusi dan mencari punca pasti kita akan jumpa tetapi penulis tidak berminat nak menyiasat masalah seperti Conan.
Cukup secara ringkasnya penulis simpulkan, sikap perkauman datangnya dari diri yang memang ada semangat perkauman. Pergaulan, pengalaman, pendidikan adalah faktor luaran tetapi jika kita sendiri tidak memiliki sikap perkauman walau siapa pun datang tanam dan pengaruh, ianya tetap tak jadi apa.
Contohnya dalam video pergaduhan di Surau Taman Austin. Sama-sama jemaah, sama-sama ada di tempat kejadian, sama-sama mendengar bunyi hon yang berkali-kali, tetapi kenapa tak sama-sama mengamuk baling kon merusuh dan mengganas membantai kereta dan pemandu?
Ini bukti bahawanya ada muslim yang bila diprovoke mereka tahu nak guna butang sabar dan butang akal. Ada muslim yang bila diprovoke, mereka terlebih-lebih mengganas macam sawan babi. Lepas tu boleh pula salutkan perbuatan ganas mereka dengan elemen Islamik untuk lunakkan perbuatan yang tak betul tadinya tu. Akhirnya yang dipandang orang, ooohhh Islam begini rupanya. Berubah ikut pemikiran manusia. Ganas, teruk dan mengarut. Ya, Islam versi ini terjemahan dari siapa kalau bukan diri sendiri.
Siapa salah?
Takde punca, takde masalah. Yang meletakkan parking berterabur sehingga menyusahkan laluan pengguna jalanraya yang lain tetaplah trigger utama kepada kejadian. Sudah diberitahu berulang kali, masalah ini bukan baru malahan berlarutan.
Letakkan kenderaan kamu dengan betul. Tak kisah la waktu solat jumaat kah, waktu kenduri kah, waktu singgah bank kah atau apa kah, parking la dengan betul, yang tidak menyusahkan pengguna lain.
Andai muslims tadinya tu letak kenderaan dengan betul, maka cina nak mengamuk dengan hon bertubi-tubi ataupun marah menengking pun takde asas. Melainkan dia pun kena sawan babi juga. Perbuatan cina itu memang biadap tetapi ia adalah terjemahan kemarahan orang ramai yang meluat pada muslims Malaysia yang suka parking macam sawan babi time solat. Ohh solat dia je penting, pada orang lain masa dan hal yang nak diuruskan tu tak penting ya? Solat pun kalau dah sampai kacau orang, berkat ke pun? Nak mencari pahala tak salah tetapi jangan sampai balakan hidup orang lain. Nak tunaikan kewajipan tak salah tetapi jangan sampai timpakan kerumitan pada orang lain!
Untuk insiden kali ini, buat muslims belajarlah hidup dengan mula 'memarking' kenderaan dengan betul. Untuk non muslims, belajarlah hidup dengan tidak membunyikan hon ataupun bersikap biadap semasa meminta kenderaan dialihkan walaupun anda memang marah kerana laluan dihalang kenderaan lain. Di dalam kawasan masjid atau rumah ibadat adabnya berbeza untuk meminta alihkan kenderaan jikalau ketika itu muslims tengah bersolat. Kau bukan kat tepi pasar nak hon-hon macam orang hilang akal bro! Keluar dari kereta berundingla cara harmoni. Macam orang bertamadun gunakan mulut bukannya adab kurang ajar.
Marah yang apabila dilawan dengan marah ianya tidak menyelesaikan masalah sebaliknya mendatangkan musibah. Yang dibantai sakit, kereta pun cedera. Yang membantai malu satu Malaysia tengok dah perangai buruknya tu. Tambah dengan keadaan sekarang, semuanya merasa kelat, pahit dan geram kerana diapi-apikan dengan semangat perkauman.
Bolehkah cina memandang melayu dengan rasa kasih dan mahukah melayu memandang cina dengan rasa sayang? Insiden yang mencalarkan perasaan ini telah meninggalkan parut di hati masing-masing. Perpaduan kita semakin rapuh. Di satu sudut yang tersorok, belakang tabir samar-samar nampak bayang je sedang bertepuk dan bergelak tawa. Gembira. Berjaya mencaturkan pemikiran kita. Check-mate.