Lokasi rumah panjang tersebut adalah di Bintulu dan mempunyai 33 buah rumah/keluarga yang menginap di dalamnya.
Tinjauan kami di ruangan komen ramai yang memuji kecantikan dan kemodenan rumah panjang tersebut. Ada yang mengatakan ia laksana sebuah hotel yang diubahsuai menjadi sebuah rumah panjang moden. Memang cantik dan konsepnya kena dengan keadaan sekarang.
Di samping memuji, kelihatan juga komen-komen yang seakan merajuk.
"Ini sebenarnya rumah panjang orang kaya, kan bagus kalau semua rumah panjang sebegini," kata Alfred.
Ada juga yang mencadangkan agar kesemua rumah panjang dimodenkan untuk tujuan pelancongan dan sesuai dengan arus pembangunan masakini.
Sebenarnya sudah sepatutnya rumah panjang dibina sedemikian rupa, kerana ianya juga memudahkan untuk menyalurkan prasarana seperti kemudahan elektrik dan air selain lebih selamat dan lebih kukuh berbanding binaan kayu yang mudah uzur kerana dimakan anai-anai.
Harap-harap ada lah pihak lain yang meniru usaha yang dibuat oleh tuan rumah panjang di atas neh. Dah nak PRU la katakan 😏😏😏😏.