Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 15 Februari 2018

Dengan Bangga Najib Serah Kunci PPA1M Bukit Jalil Yang Siap 17 Bulan Lebih Awal Tapi Rupanya Rumah Itu Belum Siap Sepenuhnya..

RUMAH sudah siap tapi pahat masih berbunyi. Begitulah diibaratkan dengan Projek Perumahan Awam 1Malaysia (PPA1M) Bukit Jalil yang dihebahkan telah siap lebih awal daripada tempoh yang dijadualkan.

Menurut laporan BERNAMA, seramai 1,536 penjawat awam yang membeli kediaman tersebut menerima kunci rumah masing-masing pada 6 Februari lepas.

Tetapi apa yang berlaku selepas itu ialah, adanya individu yang dipercayai salah seorang pembeli bertindak menyebarkan gambar-gambar rumah tersebut yang sebenarnya berkeadaan sangat teruk dan rosak disana sini.



Menurut Mohammad Yusup Daud, rumah yang dilaporkan sudah siap itu sebenarnya belum lah siap sepenuhnya.

"Menipu di siang hari. PPA1M Bukit Jalil kononnya siap 17 bulan lebih awal dari tarikh sebenar. Hakikatnya rumah masih belum siap. Kunci diserahkan kepada pembeli dalam keadaan seperti gambar dibawah. Pemaju tak ikut S&P dan syarat minima garis panduan PPA1M," katanya dalam satu kenyataan.

Individu itu kemudiannya berkongsikan beberapa gambar-gambar yang menunjukkan keadaan rumah tersebut. Kelihatan pintu, siling dan dinding rumah itu sepertinya belum siap pemasangan sepenuhnya dan perlu kepada kerja-kerja pembaikan.

Bagaimanapun selepas beberapa jam, individu tersebut bertindak memadamkan (atau menyembunyikan) gambar-gambar rumah tersebut adalah alasan isu tersebut dipolitikkan oleh pihak tertentu.



"Minta maaf kepada semua yang ikut post saya berkenaan PPA1M Bukit Jalil. Tujuan saya post hanya untuk meluahkan rasa tidak puas hati pada pemaju. 

Pihak kerajaan terutamanya JPM sudah mengambil tindakan terhadap pemaju dan sudah berjanji akan menyelesaikan masalah pembeli dan diselesaikan dalam masa terdekat. 

Terima kasih kepada agensi kerajaan yang turun padang untuk membela nasib pembeli yang ratanya adalah penjawat awam. 

Oleh kerana ada pihak yang cuba menggunakan isu ini sebagai modal politik maka saya terpaksa tamatkan post ini. Sekian mohon maaf dan terima kasih," jelasnya dalam satu kenyataan di Facebook. 


Menurut individu itu lagi, rata-rata pembeli PPA1M Bukit Jalil juga agak bengang kerana dilabelkan sebagai pembangkang semata-mata memperjuangkan hak mereka sebagai pembeli.

Mohammad Yusup Daud juga menjelaskan bahawanya kumpulan pembeli sudah sepakat untuk memberikan masa dan peluang kepada agensi kerajaan menyelesaikan masalah berbangkit. - 15 Februari 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...